Thursday 7 March 2013

Bab 1 --> Apakah Itu Sains --> Kepentingan Unit Piawai Dalam Kehidupan Harian

Bab 1 --> Apakah Itu Sains --> Kepentingan Unit Piawai Dalam Kehidupan Harian

Penggunaan unit piawai dalam pengukuran boleh memudahkan komunikasi antarabangsa dan kehidupan seharian kita.

Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga sesuatu barang itu ditentukan berdasarkan berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.

Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi platinum-Iridium.
Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5 kg, sebenarnya ia merujuk kepada jumlah jirim objek tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder).

Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang digunakan adalah 'foot-pound-second (FPS)'.

Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit piawai untuk mengukur panjang, jisim dan masa.

Pelbagai unit pengukuran yang digunakan diseluruh dunia;

Pengukuran
Unit
Panjang
Inci, kaki, ela, rantai, batu meter, kilometer
Luas
Inci persegi, kaki persegi, ela persegi, ekar
Isipadu
Inci padu, kaki padu, ela padu, gelen
Jisim / berat
Paun, auns, kati, tahil, gram, kilogram, tan, pikul

Unit panjang, jisim, isipadu dan luas dalam Sistem Imperial British adalah seperti berikut;
Panjang
12 inci = 1 kaki
3 kaki = 1 ela
22 ela = 1 rantai
10 rantai = 1 furlong
8 furlong = 1 batu
5280 kaki = 1 batu
1760 ela = 1 batu
Isipadu
1728 inci padu = 1 kaki padu
27 kaki padu = 1 ela padu
Jisim
437.5 hantap = 1 auns
16 auns = 1 paun (7000 hantap)
14 paun = 1 pikul
Luas
144 inci persegi = 1 kaki persegi
9 kaki persegi = 1 ela persegi
4840 ela persegi = 1 ekar
640 ekar = 1 batu persegi


Pertukaran faktor unit dalam sistem unit piawai

Sistem Imperial British kepada Sistem Metrik
1 inci = 25.4mm
1 kaki3 = 0.028 m3
1 kaki = 0.305 m
1 gelen = 4.5 liter
1 batu = 1.6 km
1 paun = 0.45 kg
1 kaki = 0.093 m
1 tan = 1016 kg
1 ekar = 4046.9 m2
1 kati = 0.6 kg
Sistem Metrik kepada Sistem Imperial British
1 m = 3.3 kaki
1 m3 = 35.3 kaki3
1 km = 0.6 batu
1 liter = 0.22 gelen
1 m2 = 10.8 kaki2
1 g = 0.035 auns
1 hektar = 2.5 ekar
1 g = 0.026 tahil
1 ml = 0.00006 inci3
1 kg = 1.65 kati


Unit piawai pengukuran digunakan untuk tujuan yang berikut:
  • untuk membolehkan pengukuran yang diambil oleh ahli sains yang berbeza supaya lebih selaras.
  • untuk membolehkan pertukaran maklumat menjadi lebih mudah dan kurang mengelirukan.
  • untuk memperbaiki koordinasi antara ahli sains dari tempat yang berbeza.
  • untuk membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza menjadi lebih mudah kerana unit yang sama digunakan.
  • untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit yang berbeza, seperti penukaran unit.
Antara masalah yang akan timbul jika unit piawai tidak diguna pakai antaranya adalah;

  • Timbul masalah kejituan dan kepersisan (accurate and precise) dalam pengukuran.
  • Manusia dari negara-negara berlainan akan menghadapi masalah komunikasi terutama dalam interaksi seperti perdagangan dan pengangkutan.
  • Kajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis sukar dibandingkan.

 

6 comments:

  1. banyak ilmu yang dipelajari di sini...

    ReplyDelete
  2. ade perkataan yang aq x nampak =='.. tpi ok

    ReplyDelete
  3. bole tak nk tau ape keburukan unit piawai ni >.< nk buat pbs lah

    ReplyDelete
  4. Apakah keburukan unit piawai

    ReplyDelete
  5. thanks for the information ..

    ReplyDelete
  6. background blog dengan warna tulisan buat susah nak baca..

    ReplyDelete